Lupakah kau akan janjimu
Sedihnya aku bila kenang kembali
Kita bersama mahu harunginya
Namun kau berlari pergi
Tinggalkan aku terkapai-kapai
Lupakah kau akan janjimu
Mahu bersama tegakkan kalimahNya
Aku masih setia walau terombang-ambing
Dalam kepekatan malam
Dalam gelora ombak laut
Kau? Di manakah kau?
Lupakah kau akan janjimu
Bilamana kita katakan mahu setia di jalan ini
Aku masih ingat. Kau?
Bila aku cuba sedarkan lenamu
Kau tangkis sedaya upaya
Kau menghilangkan diri
Tanpa khabar berita
Kini jalan ini ku harungi tanpamu
Tapi bukan sendirian
Kerana ku sedar
Ku ada Dia
..10.27 p.m. DS..
..."Be not sad (or afraid), surely, Allah is with us"..(At-Taubah:40)
No comments:
Post a Comment