Sunday, January 16, 2011

Rindu

Sudah lama rasanya tak menulis. Daya kreativiti semakin menjunam walaupun tahu tahap kreativiti tidaklah setinggi dan sebesar mana. Ya, saya suka menulis dan suka mengekspresikan diri melalui penulisan tak kiralah di mana-mana. Sebab saya suka menulis? Saya kurang tahu dan kurang berminat nak mengekspresikan diri melalui percakapan/pertuturan..hahaha. Saya lebih suka mendengar dari berkata-kata. Kalau boleh saya nak menulis sahaja! Hari ini, saya ingin berpantun. haha. Nah, bacalah!

Mencari jalan yang lurus memanglah payah,
Akan ku temu jua jalan itu,
Sudah lama tidak bertemu mak dan ayah,
Semakin hari ku semakin rindu.

Ayah dan mak bergurau senda,
Senyuman mereka terukir selalu,
Nantikan kepulangan anakanda,
Di bulan Februari melepaskan rindu.

Suara mereka terngiang-ngiang di telingaku,
Wajah-wajah itu sentiasa kelihatan,
Usah risau duhai kesayangan-kesayanganku,
Ku akan berhati-hati dalam perjalanan.

Sekian, pantun saya untuk hari ini!

P/S: Tinggal 17 hari sahaja lagi untuk saya bertemu mereka! Yeay2!! (^_^)

No comments: