Monday, March 28, 2011

Besties

Orang selalu kata sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa bersama kita tak kira ketika kita senang atau susah. Banyak kriteria dlm menentukan dia sahabat kita yg sejati ataupun tidak dan semua orang ada pendapat masing-masing tentang kriteria mana dlm menjadikan kayu ukur bahawa dia adalah sahabat sejati. Bagi diri ini, ada 2 benda paling penting yg perlu ada utk menjadikan anda sahabat sejati saya & bagi diri ini utk menjadi sahabat sejati seseorang.


Jujur:

Amatlah perlu sahabat jujur antara satu sama lain. Perlulah jujur sama ada benda itu baik ataupun buruk. Once you felt cheated, it's difficult for you to give your utmost trust to your friend.


Bertimbang rasa:
Sentiasa bertimbang rasa antara satu sama lain, tak kiralah dr segi bukan kewangan atau pun kewangan sangatlah diperlukan. Perlu sekiranya anda fikir tentang kawan anda sekali sekala, jangan asyik fikirkan diri sendiri sahaja. Ya, memang tak dinafikan yg kita perlu fikir diri sendiri dulu. Akan tetapi, kalau asyik pentingkan diri sehingga sahabat anda merana, tak patut kot. Janganlah asyik menjadi "free rider" (economic term la pulak). It's about give and take. You need to give as well.

I'm tired of giving "free rides." So let me take a different path & road.

No comments: