Sebelum masuk cerita yang sebenar-benarnya (*insert lagu Dan Sebenarnya*), berikut adalah terma terma yang diguna pakai oleh seorang rakyat Perlis, yakni tuan empunya blog ini:
Kami = saya
Ampa = awak
Depa = mereka
Ok, berbalik kepada tajuk cerita iaitu rumah kedai. Eceh guna Bahasa Melayu pekat pulak dah. Cikgu Jamal mesti bangga aih. Haha.
Rumah kedai. Mesti ramai yang tak berpeluang hidup kat rumah kedai. Tapi kami dah pernah hidup kat rumah kedai sejak lahir sampai lah darjah enam. Lebih kurang 12 tahun jugak lah.
Mula-mula, ayah bukak kedai sukan kat kedai mara kat simpang empat. Makanya kami duduk la kat situ. Rumah kedai pertama kami la kiranya. Waktu tu ada la jugak jiran lain tapi sikit saja la. Pakcik makcik saja la. Yg sebaya baya kami ni tak dak. Yg ada pon kecik coit. Tak bole buat geng sangat. Kesian kan. Dok berkawan sendiri laa. Tapi dok kawan2 sendiri pon main sampai berdarah-darah kaki, terjun almari la, macam-macam la. Biasa la kalau dah dok sorang, dok buat tak ketahuan hala sorg sorg la.
Lepas tu, rezeki sekeluarga bertambah baik. Alhamdulillah. Ayah beli kedai 2 tingkat dekat tengah pekan Kangaq. Kedai tu betui betui tengah Kangaq, depan Kelab Hokkien. Waktu tu kami nak masuk tadika. Dah nama tengah pekan kan, mana nak ada org duduk situ. Makanya kami anak beranak duduk la kat tingkat atas, kedai sukan kat tingkat bawah. Tak dak jiran ni ada kebaikan dan keburukan dia. Kami kira memang tak dak geng la. Dok buat tak ketahuan hala sendiri. Sebab tu sampai la ni lagi suka kalau dok jalan sorang, buat apa apa pon lagi suka sorang sorang. Sebab dah biasa dari kecik. Waktu dok kat rumah kedai tu best la woi. Sbb kalau nak beli apa bole jalan saja, nak jalan- jalan kat pekan Kangaq tak payah nak susah susah.
Jiran-jiran kat Kangaq ni adalah Klinik Chiang, Kedai Emas Nooraini, Bank Pertanian & ramai lagi la. Ambikk. Ampa ada dak jiran mcm ni? Berjiran dgn Bank wooo. Antara banyak banyak jiran kami, kami selalu pi melawat Klinik Chiang. Haha. Dok betui betui sebelah kedai. Sbb kami dari kecik ada masalah Sakit Kepala yg kronik, Doktor Chiang ni la dok selalu check. Hehe. Rindu pulak kat jiran jiran.
Antara pengalaman yg tak bole lupa waktu dok kat rumah kedai bila suka suka hati kami saja dok main roller-blade dekat kaki lima tengah pekan Kangaq. Suka hati kami saja dok berdesuppp berdesappp buat stunt kat situ. Ayah kata takpa, bole buat promosi sama. Org tengok kami main depa mungkin tertarik nak beli main sama. Optimistik betui. Dan mungkin sbb dari kecik suka main roller-blade, sampai ke tua bangka ni pon suka main lagi.
Lagi satu kalau sepupu kami mai tidoq kat rumah kedai, kami guna hula hoop tu main konon konon jadi keta api. Dok berkawad ke hulu ke hiliq kat kaki lima kedai. Kalau ingat balik malu aih.
Bila kami darjah enam, maka tamat lah riwayat hidup kami di rumah kedai. Sbbnya ayah beli rumah sbb abg long nak kahwin. Takkan la nak buat kenduri, pasang khemah kat tengah pekan, kat atas jalan raya kot. Haha.
Itu la cerita rumah kedai yg kami tak tahu apa tujuannya kami bercerita. Haha.
Apa yg boleh disimpulkan kat sini adalah:
1. Pengalaman masa kecik semua orang berbeza. Jadi kita tak bole la nak generalizekan pengalaman kanak kanak, kita jugak tak bole nak expect org lain pon paham kalau pengalaman masing masing dah berbeza.
2. Usaha tangga kejayaan. Mungkin bunyinya cliché tapi tu la hakikatnya. Ayah mula dengan berniaga kat pasar malam sampai la bole beli kedai, beli rumah hasil dari titik peluh berniaga.
3. Setiap kesusahan ada kesenangannya. Hidup ni ibarat roda. Ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Tapi yakinlah dgn pertolongan Allah, pasti ada kesenangan selepas kesusahan. Tak dpt kat sini, dpt kat Akhirat nanti, insyaAllah.
Itu saja la kot. Nanti kami cerita pengalaman tolong ayah kat kedai pulak. Hehe.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment