Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Taqabballahu minna wa minkum.
Mohon maaf salah silap.
Selamat meraikan kemenangan kita setelah berjuang selama sebulan ini. Persoalannya, adakah perjuangan yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini dapat diteruskan ke bulan-bulan seterusnya? Tepuk dada tanya iman. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang.
Tatkala kita gembira meraikan Syawal kali ini, penglihatan dan pendengaran kita masih lagi dijamahkan dengan khabar-khabar sedih. Saat melihat kaca televisyen di pagi hari, hati tersentuh melihatkan warga-warga emas yang ditinggalkan anak. Hati dihambat pilu saat seorang ibu tua merayu-rayu agar anaknya kembali mengambilnya. Katanya mahu beraya dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga kata-katanya, "Ambillah mak. Mak nak balik. Mak nak beraya dengan anak-anak mak dengan cucu-cucu mak." Hati kecil ini memanjatkan doa agar diri ini tidak menjadi salah seorang dari kalangan mereka yang lupakan ibu dan bapa.
Dalam kita bergembira, jangan dilupai orang yang dalam kesusahan dan kesedihan.
Salam Aidiliftri. Semoga Allah menerima amalan kita.
No comments:
Post a Comment