Saturday, March 12, 2011

Adventure?

Maafkan kami,  ♪♫♪♫, Maafkan kami, ♪♫♪♫.....

Ampunn, sudah lama x mengupdate blog (mcm laaa ada org baca..hahaha).

Anyway, ada readers ka x dak readers ka, I still want to write anything that I like..haha.

Sempena x dak kelas hari ni, diri ini telah membuat keputusan membawa diri. Makanya bermulalah perjalanan:

Batu 3 => Midvalley => Batu Caves => Jusco Bukit Tinggi, Klang => Batu 3


Hajat hati pi Midvalley nak hantaq kamera kak ipaq utk repair. Sambil2 tu berjalan2 la cuci mata dan exercise di sekitarnya. Nak beli brg, duit tiadalah mencukupi. Maka terpaksalah meilhat2 sahaja sambil berjalan tanpa arah tujuan. Sudah berjalan tanpa arah tujuan dan apabila peluh sudah menitik2, maka tibalah masa utk pulang. Namun, x lengkap kalau balik tanpa singgah sebentar utk membeli minuman favourite. Apakah? Bukannya Coolblog, akan tetapi San Francisco Coffee! Disebabkan meminati segala jenis Mocha, maka kaki ini diheret ke arahnya lantas memesan Extreme Mocha. Yg bestnya bila beli Extreme Mocha ni, beli satu akan dapat satu dgn harga cuma 14.50 (Regular). Ni yg syok ni, kalau beli yg lain takpun kat tempat lain harga tu bole dpt satu saja. Lepas tu dpt cop lagi, bole redeem bila dah cukup point! Hahaha. At least terubat la gak rindu utk minum coffee/mocha & seangkatan dengannya. Kalau kat Brissy dulu mmg slaloo sangat minum especially Iced Mocha kat Zaraffa's Coffee. Sedapnyaaaa!! Hmmph, usah dikenang minuman yg jauh. Bila la lagi dpt minum..

Setelah berjaya memenuhkan perut dgn 2 regular Extreme Mocha sahaja tanpa makanan apa2, maka kereta dipandu dgn machonya ke Batu Caves. Pulang ke rumah abg, utk meninjau2 surat2 yg ada. Alangkah sedihnya surat result ACCA belum lagi sampai. Agak2 bila laa nak sampai, diri ini sudah tidak sabar2 utk claim tuition fees & exam fees utk paper P1 drpd company tercinta.

Tinjauan bak YB melawat kawasan ditamatkan, lantas menghala ke arah Klang pula. Maka sekali lagi kereta dibawa dgn macho. Dlm perjalanan, kereta dicucuk2 dr belakang menandakan pemandu belakang mahukan laluan utknya memecut walhal kereta di depanku adalah amat slow. Dah tahu nak bawak lambat mcm kura2, masih teringin nak berada di lane paling kanan. Perkara ini berlanjutan sehingga diri ini terasa hilang sabar. Maka, keputusan harus dibuat, dgn skilfulnya diri ini memasukkan kereta ke lane tengah lantas menyelit2 utk memecut berada di depan kereta yg lambat mcm kura2 tadi. Terasa lega. Akan tetapi si pemandu kereta tadi terasa tercabar kerana dia dipotong oleh kereta diri ini, tambah2 perempuan yg bawa. Maka kerana tercabar kelelakiannya dia mengambil keputusan utk memotong kereta si perempuan ini. OOoo tercabar eh? Ingat kau sorg tercabar? Aku pon tercabar gak. Makanya aku pon mula memecutkan kereta lantas memintas kereta tadi dgn coolnya. Puas hatiku. Hahahaha. 


Sampai di Jusco Bukit Tinggi, mulalah aktiviti cuci mata & exercise di situ pulak. Sedikit brg keperluan, bukannya kehendak telah dibeli di situ. Apabila mata melihat jam, oh rupanya masa telah mencemburui diri ini, maka kakiku diheret ke arah kereta utk memulakan perjalanan pulang.


7.30 mlm, sampailah sudah ke destinasi terakhir, iaitu rumah!


Baiklah, stakat itu shj cerita tentang adventure soloku pada hari ini! Semoga ada pengembaraan yg lebih menarik menantiku di suatu hari nanti.


I'll wait patiently..(^_^)



No comments: