Wednesday, July 31, 2013

Langit dan Awan


Tengok langit
Tengok awan
Aku senyum 
Tak, aku tak gila
Cuma, aku suka
Suka pada langit
Suka pada awan
Buat aku tersenyum
Bak coklat di hati


Sunday, July 28, 2013

el corazón

It is too complicated,
The more I try to dwell on it the more confuse I became,
Nor do I have the courage to probe it further,
It is too confusing,
The more I tried to brush it off the more I think about it,
Nor do I have the strengths to face it,
It is too tiring,
The more I think about it the more restless I became lately,
Nor do I have the guts to question it,
It is too not-me-myself,
This damage is beyond repairable,
To the extent that I doubt my heart will be the same as before.

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 24, 2013

Cahaya kegelapan

Kegelapan itu menghubungkan kita
Menjadikan ianya mimpi mimpi indah
Yang mengasyikkan dan mempersonakan
Membuat kita hanyut di lembah kemurkaan
Segenap maya diselubungi ketawa riang kau dan aku
Kita terus bahagia bersama
Mengejar sesuatu yang tidak bernilai
Tika cahaya mula menggantikan kegelapan itu
Kau dan aku mulai sedar
Bagai digoncang
Bagai dikejutkan dari lena semalam
Kau dan aku mulai serius
Untuk menggapai satu yang pasti
Untuk mendapat redhaNya

-Hasil nukilan jalanan saat melihat Jacaranda gugur menyelaputi hijaunya The Great Court, 2008-

posted from Bloggeroid

Thursday, July 18, 2013

Pukul 1 pagi

Ada cerita lawak pagi semalam.

Pukul 1 pagi ada bunyi "ting tong". Diam. Pastu bunyi lagi. "ting tong". Ada banyak kali jugak. Waktu tu dah berbaring best atas katil. Terus bangun.

Pegi kat depan pintu. Pastu hajat hati nak tengok through lubang kecik. Tapi sebab pendek, tak dapat la nak tengok. Even jengket paling terhebat pon still tak nampak. So, takut punya pasal, pi la amik kerusi. Amik kerusi panjat, baru nampak clear.

Pastu tengok ada pakcik ni tengah berdiri dgn trolley. Dah la tu, waktu tengok dia, dia pi tengok arah lubang tu. Lagi la scary.

Imaginasi eden agak tinggi jugak la. Mula lah pikir yang bukan bukan. Lepas tu trus lari lompat atas katil buat buat tak dengaq.

Bunyi lagi. Jantung dah dup dap dup dap. Pastu bunyi lagi. Pastu dengaq sora jiran sebelah dok cakap pasal soq (sahur).

Rupa-rupanya pakcik tu nak hantaq soq! Haha. Eden pon bukak lah pintu amik. Mana lah nak tau depa nak hantaq soq kat bilik! Hari hari sebelum ni kena pi turun makan. Haihlah.

Sib baik x tercabut jantung ni.

Inilah soq yg mendebarkan:



Teka apa jadi esok pagi?

Rupa-rupanya x kunci langsung pintu depan. Reckless as always.

Scaredy cat + Reckless = combo

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 17, 2013

Putu mayong!



Ini putu mayong.
Pebret saya.
Kalau pi pasar malam, nat, atau pasar ramadhan mesti cari dia.
Kalau nak jek saya, beli saja putu mayong.
Possibility nak dpt apa yg dikehendaki sgt tinggi kalau jek guna putu mayong.
Sekian. Haha.

posted from Bloggeroid

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan

Salam Ramadhan kpd semua!

Kalau sebut pasal bulan puasa, mesti setiap seorang dari kita ada pengalaman tersendiri, dari kecil sampailah ke tua. Hari ni dah hari ke-empat kita berpuasa dan saya, si perantau rindu saat berpuasa ketika belajar (pre-Uni & Uni).

Saya selalu rindu saat-saat saya berusia 18 ke awal 20-an bukan sebab nak mendabik dada, tapi sebab di saat itulah, saya menjadi saya. Saya mula mengenal dunia dan diri. Di saat itu lah saya paling gembira walau banyak pengalaman pahit & manis. Mungkin di dalam blog ini, saya akan ceritakan pengalaman-pengalaman saya ketika di usia itu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar satu perkongsian yang sedikit sebanyak mungkin memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

PUASA DI PERANTAUAN:

Sangat banyak aktiviti yang kami buat sepanjang bulan Ramadhan. Kami tak penat tapi kami gembira. Rindu oh rindu. Rindu dengan memori, rindu dengan rakan-rakan yg dah berada di seluruh pelusuk Malaysia.

Antara aktiviti yg selalu dalam ingatan:

Mosque Hopping/Iktikaf:

Buranda Mosque, 6, Agnes St, Woolloongabba, QLD 4102


  Selalunya Mosque Hopping ni kami buat waktu hujung minggu. Ya lah, time ni lah kami student-student ada masa pun. Selalunya kami akan iktikaf di Masjid. Sangat seronok ok! Waktu ni lah kita bole berkenal-kenalan dengan komuniti Islam yang ada di sana. Bukan saja bole mengeratkan ukhuwwah dengan sahabat kita yang sedia ada, tapi juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan umat Islam yang lain. Selain tu, kita dapat juga berkongsi pengalaman mereka sebagai orang Islam di negara yang bukan Islam. 

Ada satu catch phrase yg masih saya ingat lagi waktu iktikaf kat Masjid Buranda ni. "Wakey-wakey." Ada sorang makcik ni gerakkan kami untuk Qiyam dengan menggunakan phrase ni. Sangat comel ok! Terus je kami bangun. Hehe.

Selain Masjid Buranda ni, ada satu lagi masjid yang saya ingat. Masjid Gold Coast. Imam kat situ sangat baik ok.

Gold Coast Mosque, Cnr Allied Cr & Olsen Ave, Arundel, Queensland 4214

Pengisian/Ceramah/Perkongsian:

Ha, yang ni banyak la jugak. Sama ada kami pergi ceramah Ustaz-ustaz Aussie ni yang sampaikan ataupun kami buat perkongsian sendiri. Antaranya buat Daurah Ramadhan. Sangat best sebab dapat ilmu yang bole bawa sampai ke mati.



Iftar:

Kalau weekdays, kitorang memang dah pilih kelas-kelas petang. Supaya dekat dengan waktu buka puasa. Sebabnya? kami nak berbuka kat Musolla UQ, terus terawih & lepas tu baru balik rumah.

Seronoknya berbuka kat Musolla ni, banyak dermawan-dermawan yang akan bagi makanan untuk berbuka puasa. Sangat banyak makanan & sangat sedap. Semoga Allah membalas jasa baik mereka. Lepas berbuka ala kadar, kami akan solat Maghrib. Lepas solat Maghrib baru makan berat. Lepas tu kami akan solat Isya' dan terawih. Waktu ni jugak akan ada tazkirah dari Ustaz yang selalu bagi pengisian kat Musolla UQ ni, Ustaz Aslam.

Kadang-kadang kami akan pergi ziarah sahabat-sahabat QUT kami. Kalau dulu, kakak-kakak QUT akan duduk di UniLodge kat City. Jadinya kami akan ke sana. Lepas tu, bila waktu adik-adik QUT pulak yang datang, diorang duduk di Kelvin Grove. So, kami ke sana lah jugak kadang-kadang. Masing-masing akan bertandang ke tempat masing-masing. Suasana sangat best! Berbuka sama-sama, tadarus sama-sama, solat sama-sama. Memang indah ok!



Oklah, banyak ni saja kot nak kongsi. Sebabnya, nanti panjang lebar pulak entry kali ni. Sebenarnya kan, tak penting kita berada di mana, tapi yang penting diri kita sendiri. Macam mana kita menghidupkan Ramadhan kita tu. Kalau duduk di ceruk mana pun, kalau kita hidupkannya dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat, InsyaAllah akan bersinarlah Ramadhan kita.

Dengan lafaz Bismillah, saya nak cuba hidupkan Ramadhan saya supaya Ramadhan kali ni lebih baik dari yang terdahulu. Doakan saya! (^_^)

Sunday, July 7, 2013

Goodbye empat empatsegi!



Dah log off. Maka, bermula hari ini, 4square tak akan dibukak sehinggalah hati rasa nak bukak balik.

Hello surprises!

posted from Bloggeroid

Friday, July 5, 2013

Rumah kedai

Sebelum masuk cerita yang sebenar-benarnya (*insert lagu Dan Sebenarnya*), berikut adalah terma terma yang diguna pakai oleh seorang rakyat Perlis, yakni tuan empunya blog ini:
Kami = saya
Ampa = awak
Depa = mereka

Ok, berbalik kepada tajuk cerita iaitu rumah kedai. Eceh guna Bahasa Melayu pekat pulak dah. Cikgu Jamal mesti bangga aih. Haha.

Rumah kedai. Mesti ramai yang tak berpeluang hidup kat rumah kedai. Tapi kami dah pernah hidup kat rumah kedai sejak lahir sampai lah darjah enam. Lebih kurang 12 tahun jugak lah.

Mula-mula, ayah bukak kedai sukan kat kedai mara kat simpang empat. Makanya kami duduk la kat situ. Rumah kedai pertama kami la kiranya. Waktu tu ada la jugak jiran lain tapi sikit saja la. Pakcik makcik saja la. Yg sebaya baya kami ni tak dak. Yg ada pon kecik coit. Tak bole buat geng sangat. Kesian kan. Dok berkawan sendiri laa. Tapi dok kawan2 sendiri pon main sampai berdarah-darah kaki, terjun almari la, macam-macam la. Biasa la kalau dah dok sorang, dok buat tak ketahuan hala sorg sorg la.

Lepas tu, rezeki sekeluarga bertambah baik. Alhamdulillah. Ayah beli kedai 2 tingkat dekat tengah pekan Kangaq. Kedai tu betui betui tengah Kangaq, depan Kelab Hokkien. Waktu tu kami nak masuk tadika. Dah nama tengah pekan kan, mana nak ada org duduk situ. Makanya kami anak beranak duduk la kat tingkat atas, kedai sukan kat tingkat bawah. Tak dak jiran ni ada kebaikan dan keburukan dia. Kami kira memang tak dak geng la. Dok buat tak ketahuan hala sendiri. Sebab tu sampai la ni lagi suka kalau dok jalan sorang, buat apa apa pon lagi suka sorang sorang. Sebab dah biasa dari kecik. Waktu dok kat rumah kedai tu best la woi. Sbb kalau nak beli apa bole jalan saja, nak jalan- jalan kat pekan Kangaq tak payah nak susah susah.

Jiran-jiran kat Kangaq ni adalah Klinik Chiang, Kedai Emas Nooraini, Bank Pertanian & ramai lagi la. Ambikk. Ampa ada dak jiran mcm ni? Berjiran dgn Bank wooo. Antara banyak banyak jiran kami, kami selalu pi melawat Klinik Chiang. Haha. Dok betui betui sebelah kedai. Sbb kami dari kecik ada masalah Sakit Kepala yg kronik, Doktor Chiang ni la dok selalu check. Hehe. Rindu pulak kat jiran jiran.

Antara pengalaman yg tak bole lupa waktu dok kat rumah kedai bila suka suka hati kami saja dok main roller-blade dekat kaki lima tengah pekan Kangaq. Suka hati kami saja dok berdesuppp berdesappp buat stunt kat situ. Ayah kata takpa, bole buat promosi sama. Org tengok kami main depa mungkin tertarik nak beli main sama. Optimistik betui. Dan mungkin sbb dari kecik suka main roller-blade, sampai ke tua bangka ni pon suka main lagi.

Lagi satu kalau sepupu kami mai tidoq kat rumah kedai, kami guna hula hoop tu main konon konon jadi keta api. Dok berkawad ke hulu ke hiliq kat kaki lima kedai. Kalau ingat balik malu aih.

Bila kami darjah enam, maka tamat lah riwayat hidup kami di rumah kedai. Sbbnya ayah beli rumah sbb abg long nak kahwin. Takkan la nak buat kenduri, pasang khemah kat tengah pekan, kat atas jalan raya kot. Haha.

Itu la cerita rumah kedai yg kami tak tahu apa tujuannya kami bercerita. Haha.

Apa yg boleh disimpulkan kat sini adalah:
1. Pengalaman masa kecik semua orang berbeza. Jadi kita tak bole la nak generalizekan pengalaman kanak kanak, kita jugak tak bole nak expect org lain pon paham kalau pengalaman masing masing dah berbeza.
2. Usaha tangga kejayaan. Mungkin bunyinya cliché tapi tu la hakikatnya. Ayah mula dengan berniaga kat pasar malam sampai la bole beli kedai, beli rumah hasil dari titik peluh berniaga.
3. Setiap kesusahan ada kesenangannya. Hidup ni ibarat roda. Ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. Tapi yakinlah dgn pertolongan Allah, pasti ada kesenangan selepas kesusahan. Tak dpt kat sini, dpt kat Akhirat nanti, insyaAllah.

Itu saja la kot. Nanti kami cerita pengalaman tolong ayah kat kedai pulak. Hehe.

posted from Bloggeroid

Monday, July 1, 2013

FY2013/2014

Goodbye to FY2012/2013.

From the first day I entered gcad up until recently, I have always been in the same section with the same team (okay, it's not the same people throughout these almost 4 years; but most of the time it's the same people). I came to love each and every single person in the team as my dear friends. Thus, it's quite sad for me for not being able to work with them anymore (not at all is impossible, what I mean here is I will work with them but not as frequent and not the same as before). Well, changes will always knock on our doors whether we like it or not. It's actually depends on us on how we handle it. Having said that, I will now learn to let go and embrace new environment.

Welcome to FY2013/2014!


New financial year means new section, new manager and new team. Everything is new. To tell you the truth, I am a bit scared actually. I'm scared of the new team composition as I have never work with most of them. I'm scared of the work itself as almost all of the stuff that I will audit is somewhat new to me. I'm scared of the new manager who is sitting right next to me in the office. The list of what I'm scared of can go on and on and on. Having said that, this should be stopped! Life goes on and I have to stop being a scaredy-cat! Keep moving forward!

  Wish me luck!