Saturday, July 13, 2013

Ramadhan

Salam Ramadhan kpd semua!

Kalau sebut pasal bulan puasa, mesti setiap seorang dari kita ada pengalaman tersendiri, dari kecil sampailah ke tua. Hari ni dah hari ke-empat kita berpuasa dan saya, si perantau rindu saat berpuasa ketika belajar (pre-Uni & Uni).

Saya selalu rindu saat-saat saya berusia 18 ke awal 20-an bukan sebab nak mendabik dada, tapi sebab di saat itulah, saya menjadi saya. Saya mula mengenal dunia dan diri. Di saat itu lah saya paling gembira walau banyak pengalaman pahit & manis. Mungkin di dalam blog ini, saya akan ceritakan pengalaman-pengalaman saya ketika di usia itu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar satu perkongsian yang sedikit sebanyak mungkin memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca.

PUASA DI PERANTAUAN:

Sangat banyak aktiviti yang kami buat sepanjang bulan Ramadhan. Kami tak penat tapi kami gembira. Rindu oh rindu. Rindu dengan memori, rindu dengan rakan-rakan yg dah berada di seluruh pelusuk Malaysia.

Antara aktiviti yg selalu dalam ingatan:

Mosque Hopping/Iktikaf:

Buranda Mosque, 6, Agnes St, Woolloongabba, QLD 4102


  Selalunya Mosque Hopping ni kami buat waktu hujung minggu. Ya lah, time ni lah kami student-student ada masa pun. Selalunya kami akan iktikaf di Masjid. Sangat seronok ok! Waktu ni lah kita bole berkenal-kenalan dengan komuniti Islam yang ada di sana. Bukan saja bole mengeratkan ukhuwwah dengan sahabat kita yang sedia ada, tapi juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan umat Islam yang lain. Selain tu, kita dapat juga berkongsi pengalaman mereka sebagai orang Islam di negara yang bukan Islam. 

Ada satu catch phrase yg masih saya ingat lagi waktu iktikaf kat Masjid Buranda ni. "Wakey-wakey." Ada sorang makcik ni gerakkan kami untuk Qiyam dengan menggunakan phrase ni. Sangat comel ok! Terus je kami bangun. Hehe.

Selain Masjid Buranda ni, ada satu lagi masjid yang saya ingat. Masjid Gold Coast. Imam kat situ sangat baik ok.

Gold Coast Mosque, Cnr Allied Cr & Olsen Ave, Arundel, Queensland 4214

Pengisian/Ceramah/Perkongsian:

Ha, yang ni banyak la jugak. Sama ada kami pergi ceramah Ustaz-ustaz Aussie ni yang sampaikan ataupun kami buat perkongsian sendiri. Antaranya buat Daurah Ramadhan. Sangat best sebab dapat ilmu yang bole bawa sampai ke mati.



Iftar:

Kalau weekdays, kitorang memang dah pilih kelas-kelas petang. Supaya dekat dengan waktu buka puasa. Sebabnya? kami nak berbuka kat Musolla UQ, terus terawih & lepas tu baru balik rumah.

Seronoknya berbuka kat Musolla ni, banyak dermawan-dermawan yang akan bagi makanan untuk berbuka puasa. Sangat banyak makanan & sangat sedap. Semoga Allah membalas jasa baik mereka. Lepas berbuka ala kadar, kami akan solat Maghrib. Lepas solat Maghrib baru makan berat. Lepas tu kami akan solat Isya' dan terawih. Waktu ni jugak akan ada tazkirah dari Ustaz yang selalu bagi pengisian kat Musolla UQ ni, Ustaz Aslam.

Kadang-kadang kami akan pergi ziarah sahabat-sahabat QUT kami. Kalau dulu, kakak-kakak QUT akan duduk di UniLodge kat City. Jadinya kami akan ke sana. Lepas tu, bila waktu adik-adik QUT pulak yang datang, diorang duduk di Kelvin Grove. So, kami ke sana lah jugak kadang-kadang. Masing-masing akan bertandang ke tempat masing-masing. Suasana sangat best! Berbuka sama-sama, tadarus sama-sama, solat sama-sama. Memang indah ok!



Oklah, banyak ni saja kot nak kongsi. Sebabnya, nanti panjang lebar pulak entry kali ni. Sebenarnya kan, tak penting kita berada di mana, tapi yang penting diri kita sendiri. Macam mana kita menghidupkan Ramadhan kita tu. Kalau duduk di ceruk mana pun, kalau kita hidupkannya dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat, InsyaAllah akan bersinarlah Ramadhan kita.

Dengan lafaz Bismillah, saya nak cuba hidupkan Ramadhan saya supaya Ramadhan kali ni lebih baik dari yang terdahulu. Doakan saya! (^_^)

No comments: