Wednesday, November 24, 2010

Mari membaca!

Membaca sudah menjadi kegemaran aku sejak kecik lagi. Aku disogokkan dgn buku2 cerita oleh mak dan ayah aku tatkala budak2 lain seronok bermain. Tapi aku x kisah sebab aku memang suka buku. Mungkin faktor persekitaran juga memainkan peranan penting kerana tiada rakan sebaya di sekeliling aku. Ya lah, nama pon duduk rumah kedai dari dilahirkan sampailah sekolah menengah.

Bagi aku, buku adalah sesuatu yang berharga. Dari kecik lagi aku suka baca buku-buku Bahasa Inggeris sebab dengan buku-buku tu aku dapat belajar perkataan-perkataan yang tak pernah aku dengaq, secara x langsung aku dapat perbaiki Bahasa Inggeris aku. Mujur mak dan ayah x pernah lokek kalau bab-bab nak membeli buku, malah menggalakkan lagi. Terima kasih mak, ayah!

Melalui buku-buku tu juga ia dapat membawa aku jauh dari realiti, aku dapat rasakan yang aku seolah-olah berada dalam cerita tu, macam tengah tengok "live" apa yang cuba diceritakan sang penulis. Aku rasa sangat seronok untuk terus membaca dan membaca.

Buku-buku cerita Bahasa Inggeris memang sangat banyak dkt bilik aku, namakan saja, mcm2 ada. Daripada semua genre sampailah ke penulis, banyak lah jugak. Waktu kecik2, antara penulis yang aku suka sudah semestinya Enid Blyton. Yang paling aku suka antara semua buku-buku dia adalah siri Malory Towers, pasal budak2 perempuan kat boarding school. Buku tu buat aku rasa yang aku berada kat sekolah asrama walaupun pada hakikatnya x pon.

Waktu zaman kanak-kanak aku, aku lebih banyak menghabiskan masa membaca buku2 Bahasa Inggeris sebab buku2 Bahasa Melayu aku ada sikit saja. Bila dah besar, dah tua cenggini baru lah aku mula nak membaca novel2 Bahasa Melayu, bagi sokongan kat industri tempatan, hahaha. Buat pengetahuan, sehingga sekarang, aku tak pernah baca buku tulisan Ahadiat Akashah waktu dulu2 masa teenagers dan aku rasa bila dah dewasa ni pon x akan baca. Sebabnya? Mungkin itu bukan citarasa aku, hua hua hua.

Sampai sekarang aku sayang buku2 aku. Buku2 yang paling aku suka adalah siri Malory Tower tulisan Enid Blyton, siri Harry Potter tulisan J.K. Rowling dan Inheritance cycle: Eragon, Eldest & Brisingr tulisan Christopher Paolini. Semua buku-buku ni aku ada dan boleh dikatakan aku ni kipas susah mati lah dgn buku-buku ni.

Bila aku melangkah kaki ke negara kangaroo, aku mula sedar. Buku yang paling utama yang kita kena baca, kena suka, kena dalami, kena ikuti bukanlah buku2 yg aku sebut kat atas tu tadi tetapi adalah:

Al-Quran

Aku mula membaca tafsirnya setelah membaca ayat2 indah dalam Quran. Sebelum ni baca Quran saja, x baca pon tafsirnya, budget cukup lah tu setakat baca. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bersyukurnya aku diberi kesedaran tu. Dan mulai dari hari itu aku membaca dengan harapan aku akan dapat menghayati ayat2 Quran lalu dapat menterjemahkannya dalam kehidupan seharian aku. Aku berusaha dan sampai sekarang masih lagi berusaha, insyaAllah untuk merealisasikannya.

Kalau dulu, baca buku2 cerita saja, tapi bila di Aussie, aku diberi pendedahan kepada buku2 Islamik. Alhamdulillah syukur kerana diberi pendedahan itu. Buku yg aku suka sudah semestinya The Sealed Nectar oleh Sheikh Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri. Sila dapatkan buku ni saudara saudari sebab buku ni adalah buku tentang Rasulullah s.a.w. Kalau nak pinjam dari saya pon boleh. Banyak lagi lah buku2 yang bagus untuk kita baca dan sebagai panduan untuk diinterpretasikan dalam kehidupan kita.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari membaca!

Currently reading: Khadijah, Cinta Abadi Kekasih Nabi hasil Dr. Muhammad Abdul Yamani.

"Sungguh Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar." (17:9)

No comments: